ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Commerce tawar kadar faedah 2.98 peratus untuk para graduan baharu

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat di bawah Kumpulan Proton, Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB) telah mengumumkan satu kempen yang menyediakan peluang kepada graduan baharu untuk memiliki kereta pertama dengan kadar pinjaman Sewa Beli (HP) serendah 2.98 peratus.

Apa yang menarik, para graduan baharu ini hanya perlu mengemukakan surat pengesahan pekerjaan atau slip gaji selama sebulan sebagai syarat untuk mendapatkan pinjaman. Syarat-syarat utama yang diperlukan pelanggan termasuklah mestilah seorang graduan (sekurang-kurangnya diploma), berumur antara 18-30 tahun dan mempunyai pekerjaan dengan gaji minimum RM1,500.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Kempen ini berlangsung sehingga 31 Disember 2020, seiring dengan penawaran jualan tanpa cukai bagi semua kereta Proton. Ia bertujuan untuk membantu para graduan ini mendapatkan pinjaman jual beli tanpa mempunyai slip pendapatan selama tiga bulan, iaitu satu syarat biasa bagi mendapatkan pinjaman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PCSB, Mooi Fi Phang, pihaknya yakin bahawa pakej ini akan membantu graduan baharu memiliki kereta, di mana bayaran semula hanya dari serendah RM239 sebulan. Tambahnya, industri jual beli dijangka meningkat dalam waktu dekat, berikutan pengurangan baru-baru ini bagi Kadar Dasar Semalaman serta pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Selain pakej kempen graduan baharu, PCSB turut mengumumkan syarikat telah menurunkan kadar faedah penawaran keseluruhan sehingga serendah 2.22 peratus berdasarkan kredibiliti pelanggan dan margin kewangan sejak 7 Julai 2020.

Ini bermakna pelanggan boleh membuat bayaran bulanan yang lebih rendah bagi membolehkan mereka menggunakan simpanan tersebut untuk membeli barangan keperluan, dan membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, layari www.protoncommerce.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nor Fazlan‎

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply