ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kadar tol di Lebuh Raya Besraya dan Lekas turun mulai tengah malam nanti

Berita Tempatan

Views

Kadar tol di dua lebuh raya iaitu Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) akan turun antara 15 sen hingga 50 sen mulai tengah malam ini.

Mengumumkan perkara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penurunan kadar tol yang bermula pukul 12.01 tengah malam itu dibuat selepas perbincangan dan persetujuan syarikat konsesi dua lebuh raya itu, IJM Corporation Berhad.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Beliau berkata, penurunan kadar tol itu juga merupakan sebahagian daripada persetujuan penyusunan semula struktur dan kadar tol bagi kedua-dua lebuh raya ini yang diputuskan oleh Kerajaan.

Kata beliau, penurunan kadar tol adalah sebanyak RM0.15 bagi kenderaan kelas 1 yang melalui Plaza Tol Loke Yew dan Mines (arah Utara & Selatan), Lebuh Raya Besraya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Manakala kadar tol bagi kenderaan kelas 1 dikurangkan daripada 0.1811 sen/kilometer(km) kepada 0.1666 sen/km bagi Lebuh Raya Lekas bagi sistem tol tertutup dan kadar tol kekal seperti sedia ada bagi sistem tol terbuka iaitu di Plaza Tol Ampangan.

Mengulas lanjut, Nanta Linggi berkata, kadar tol yang dikutip pada masa ini adalah sebanyak RM2.00 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuh Raya Besraya dan RM8.30 sehala bagi kenderaan kelas 1 yang menggunakan keseluruhan Lebuh Raya Lekas.

Jelas beliau, mulai esok dan kenderaan Kelas 1 yang melalui mana-mana plaza tol Lebuh Raya Besraya akan membayar RM1.85 sehala, manakala bagi pengguna yang menggunakan keseluruhan Lebuh Raya Lekas akan membayar RM7.80 sehala. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Lebuhraya Besraya Ijm Highway

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply