ARKIB

KATEGORI

Tular

Lagi kes kantoi guna ‘lesen terbang’ di Australia, tiga warga Malaysia ditahan

Berita Tempatan

Views

Ini bukan kali pertama warganegara Malaysia kantoi guna ‘lesen terbang‘ di Australia. Menerusi satu hantaran di laman Facebook Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force baru-baru ini, pihak berkuasa Griffith Highway Patrol telah mengesan tiga kes berkaitan lesen antarabangsa palsu dalam tempoh kurang 24 jam.

Apa yang mengejutkan, ketiga-tiga kes tersebut melibatkan warga Malaysia. Kes pertama dikesan pada 17 September 2022, semasa pihak berkuasa berkenaan yang sedang dalam rondaan menahan sebuah Holden Cruze sedan berwarna putih.

Pemandunya seorang warga Malaysia berusia 42 tahun yang menetap di Mildura telah diminta menunjukkan lesen memandu, lalu mengeluarkan kad yang hampir sama dengan lesen memandu Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Setelah semakan dibuat dengan portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, lelaki berkenaan hanya memiliki lesen motosikal yang telah tamat tempoh pada tahun 2005.

Semakan lanjut turut mendapati dia langsung tidak memiliki sebarang lesen, waima dalam mana-mana kelas dan dari mana-mana negeri atau wilayah di Australia.

Lelaki itu telah pun dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 dan disabitkan dengan beberapa kesalahan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Kes yang kedua berlaku pada 18 September 2022, di mana sebuah Nissan X-Trail berwarna biru dan Toyota Tarago (Estima) berwarna perak telah diarahkan untuk berhenti kerana dipandu secara mengekori rapat antara satu sama lain.

Pemandu X-Trail biru itu merupakan lelaki warga Malaysia berusia 34 tahun, manakala pemandu Tarago juga lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun. Kedua-dua individu yang menetap di Junee itu turut ‘kantoi’ menggunakan lesen palsu setelah semakan dibuat dengan portal rasmi JPJ.

Mereka berdua bukan sahaja tidak pernah memiliki sebarang lesen memandu Malaysia, bahkan juga dari mana-mana negeri atau wilayah di Australia. Kedua-duanya telah dihadapkan ke Mahkamah Tempatan Griffith pada 7 Disember 2022 dan disabitkan dengan beberapa kesalahan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic and Highway Patrol Command – NSW Police Force

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply