ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kadar tol seluruh negara kekal

Berita Tempatan

Views

Ini mungkin berita yang menggembirakan buat semua pengguna lebuh raya. Menurut Berita Harian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan kekal dengan keputusan untuk membekukan kadar kenaikan tol tahun ini sebagaimana tahun lalu.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Beliau berkata, keputusan itu melibatkan semua lebuh raya di seluruh negara. Jelas beliau, langkah itu adalah satu perkara yang membebankan kerajaan kerana terpaksa membayar jumlah yang tinggi, lebih RM1 bilion sebagai ganti rugi kepada semua konsesi lebuh raya terbabit.

Kata Guan Eng, ini bukan satu angka yang kecil kerana melibatkan wang yang banyak kerana kadar tol meningkat dari semasa ke semasa. Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas menghadiri sesi Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur di, Kelana Jaya, hari ini.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Namun katanya, langkah itu perlu dibuat dalam usaha mengurangkan kos sara hidup, sekali gus membantu rakyat. Tambah beliau, rakyat kini masih boleh menikmati kadar lama di semua lebuh raya, yang mana tol biasanya mengalami kenaikan pada setiap awal tahun.

Katanya lagi, usaha itu akan dikekalkan selagi Pakatan Harapan (PH) kekal memerintah. Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa kesal kerana usaha kerajaan membekukan kenaikan tol tahun ini tidak mendapat liputan meluas menyebabkan kebanyakan pengguna lebuh raya tidak menyedari perkara itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply