ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bangunkan SUV kecil dari pelantar Yaris baharu

Berita Global

Views

Dalam diam-diam Toyota sedang membangunkan sebuah model SUV kecil yang akan diposisikan di bawah C-HR dari pelantar GA-B yang turut dikongsi bersama Yaris baharu. Portal Auto Express melaporkan, model SUV kecil itu dijangka diperkenalkan pada penghujung separuh kedua tahun ini dan ia bakal berentap dengan Renault Captur dan Nissan Juke.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

SUV ini akan mempunyai saiz yang hampir sama dengan kebanyakan model supermini yang ada di pasaran. Ini bermakna dimensi panjangnya adalah sekitar 4 meter, sekali gus membawa pengeluar kereta Jepun itu ke segmen SUV segmen-B Eropah buat pertama kali.

Naib Presiden Eksekutif Toyota Eropah, Matt Harrison berkata, segmen spesifik itu kini semakin berkembang, dan berjaya menarik pelanggan dari segmen-C seperti Toyota Corolla dan Volkswagen Golf. Kata beliau, meskipun kagum dengan prestasi jualan C-HR yang bersaiz lebih besar di pasaran Eropah, namun mereka tidak boleh berada dalam zon selesa.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

SUV kompak ini nanti bakal menjadi model kedua Toyota yang menggunakan seni bina fleksibel GA-B, menampilkan topang MacPherson di hadapan dan rasuk kilas (torsion beam) di belakang. Berbanding dengan Yaris hatchback, ia dijangka lebih panjang dan sekitar 40 mm lebih tinggi dengan jarak antara gandar dan tapak yang lebih lebar. Pelantar itu juga serasi dengan suspensi multi-link di bahagian belakang, yang memberi petunjuk bahawa Toyota mungkin boleh menawarkan versi AWD juga sekiranya mereka mahu.

Ada juga kemungkinan yang SUV kecil Toyota ini bakal ditawarkan dengan penjana hibrid sahaja, bersama enjin 1.5-liter berkuasa 113 kuasa kuda yang kini digunakan oleh Yaris hatchback serta pacuan roda hadapan. Toyota mungkin juga menawarkan model berenjin petrol biasa yang bakal dijana oleh enjin 1.5-liter, namun hanya untuk pasaran tertentu dan bergantung kepada permintaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply