ARKIB

KATEGORI

Tular

Kantoi angkara pokok pisang – Rupanya pemandu Vios ini takde lesen dan banyak kesalahan trafik

Berita Tempatan

Views

Semalam tular video yang memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dilihat mengangkut sebatang pokok pisang di Taman Mutiara Rini, Skudai, Iskandar Puteri. Ia sekaligus membongkar pelbagai kesalahan trafik yang pernah dilakukan oleh pemandu kereta tersebut.

Harian Metro melaporkan, lelaki yang memandu Vios itu bukan sahaja tidak memiliki lesen memandu malah mempunyai 18 saman trafik, empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun. Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, lelaki berusia 30 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Trafik Iskandar Puteri, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Katanya, pada jam 7.15 malam, pemilik kereta yang berada di Singapura berjaya dihubungi dan pada jam 8.30 malam hari yang sama, anak pemilik kereta hadir bersama kenderaan yang tular di video berkenaan. Berdasarkan keterangan lisan anak pemilik, kenderaan itu dipandu oleh sepupunya yang membawa pokok pisang untuk upacara keagamaan di Taman Mutiara Rini.

Tambah beliau, pada jam 9.30 pagi semalam, lelaki berusia 30 tahun yang memandu Toyota Vios berkenaan menyerah diri ke Balai Polis Trafik Iskandar Puteri. Hasil pemeriksaan rekod saman lampau, pemandu berkenaan memiliki 18 saman trafik termasuk empat waran tangkap dan 10 saman tidak boleh dikompaun.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Video tular berdurasi 54 saat itu memaparkan rakaman pemandu yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu Vios terbabit kerana membahayakan pengguna jalan raya lain. Zulkhairi berkata, pemandu itu disaman mengikut Kaedah 20 LN. 166/59 atas kesalahan membawa muatan dengan kenderaan yang tidak sesuai.

Katanya, pemandu berkenaan juga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi semalam untuk menyelesaikan kes saman lampau yang berstatus waran tangkap. Secara keseluruhannya saman yang diselesaikan ialah sebanyak enam saman bernilai RM1,200.

Kereta berkenaan turut disita mengikut bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh serta kenderaan dipandu tanpa lesen sehingga pemilik sah kenderaan hadir untuk diambil tindakan selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply