ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kekeliruan mengenai pengenalan Myvi Edisi S di Brunei terjawab

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, YBhg Datuk Zainal Abidin Ahmad memberi penjelasan mengenai pelancaran Myvi Edisi S di Brunei, baru-baru ini. Menurut beliau, Perodua Brunei telah memperkenalkan varian Myvi 1.3L G versinya yang dilengkapi dengan kit badan yang dipertingkatkan.

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

Ia diperolehi sendiri oleh pengedar sah mereka, GHK Motors pada 4hb Julai 2020. Perodua telahpun berinteraksi dengan GHK Motors untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai varian ini bagi memastikan penambahan kepada varian ini memenuhi piawaian yang ditetapkan.

JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

Berdasarkan maklum balas daripada GHK Motors, pengenalan Myvi Edisi S ini adalah percubaan mereka untuk memperkenalkan varian yang lebih bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran di sana. Perodua memahami bahawa pengenalan Myvi Edisi S telah menimbulkan kekeliruan para pelanggan setianya dan berharap agar kenyataan ini dapat menjelaskan perkara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?
JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital
JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply