ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kelindan lori maut tercampak dari jejambat lebuhraya

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, seorang kelindan lori maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya di Kilometer 280.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Nilai, petang tadi. Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kelindan berusia 32 tahun itu tercampak ke Jalan Nilai-Salak di bawah lebuh raya setinggi lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Menurutnya, kemalangan pada 4.15 petang itu membabitkan sebuah lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 38 tahun dan sebuah van. Menurutnya, kemalangan berlaku apabila van yang dipandu di lorong paling kanan oleh seorang lelaki berusia 32 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Melaka hilang kawalan.

Jelasnya, kenderaan terbabit kemudiannya terbabas ke kiri dan melanggar penghadang kiri jalan sebelum berlanggar dengan lori terbabit. Akibat kemalangan itu, pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan dalaman dan sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Tambahnya, pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Shahrudin Md Din berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.25 petang.

Menurutnya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kepala lori terbabit tersangkut dan tergantung pada penghadang jalan. Tambah beliau lagi, anggota bomba segera memberikan bantuan dan menyelamatkan mangsa yang tersepit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply