ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan cadang wujudkan laluan khas motosikal dalam RMK12 – Anthony Loke

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, kerajaan bercadang untuk mewujudkan laluan khas khusus untuk motosikal yang akan dikemukakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Perkara tersebut telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Anthony berkata, laluan khas itu akan diwujudkan di kawasan-kawasan yang berbahaya kepada motosikal serta daerah yang banyak terlibat dengan kemalangan jalan raya. Katanya, Kementerian Pengangkutan bersama-sama MIROS dan JKJR menggalakkan usaha tersebut, namun ia memakan belanja yang besar sekiranya mahu mewujudkan satu laluan motosikal sahaja.

Namun begitu, cadangan tersebut akan dikemukakan dalam RMK12. Loke berkata, kementerian menggalakkan usaha ke arah penggunaan motosikal elektrik yang lebih rendah had laju, namun belum ada dasar yang menghalang penggunaan motosikal kapcai memandangkan hampir 16 juta motosikal berdaftar berada dalam kategori tersebut.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya) tentang pendirian kementerian sama ada bercadang menggantikan penggunaan motosikal kapcai dengan kenderaan yang lebih selamat dalam usaha mengurangkan kes kemalangan maut.

Dalam perkembangan berkaitan, Loke berkata Laporan Perangkaan kemalangan Jalan Raya PDRM menunjukkan golongan belia berumur antara 16 hingga 30 tahun adalah yang paling ramai terkorban dalam nahas jalan raya.

Katanya, pada 2016, bilangan belia yang terkorban mencecah 2,818 orang dan bilangan ini menurun kepada 2,693 pada 2017, manakala pada 2018, bilangan bilangan ini menurun lagi kepada 2,449 orang. Beliau menambah, daripada 2,693 kematian akibat nahas jalan raya yang melibatkan golongan belia pada 2017, sebanyak 72 peratus daripadanya maut ketika menunggang atau membonceng motosikal.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Beliau menjawab soalan asal dari Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) berhubung data jumlah belia berusia 30 tahun ke bawah yang terkorban dalam kemalangan jalan raya antara 2016 hingga 2018, dan adakah kemalangan jalan raya merupakan sebab kematian utama golongan itu.

Bagi mengatasinya, Loke berkata MIROS menjalankan program dan aktiviti bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya pengguna motosikal, antaranya seperti program intervensi iaitu Program My Safe Road, Commuting Support Safety Programme (CSSP) dan Motorcycle Safety and Technology Symposium.

Menjawab soalan tambahan dari Ahmad Fahmi mengenai perancangan kementerian khusus untuk belia yang terlibat dalam ekonomi gig iaitu perkhidmatan penghantaran makanan, beliau berkata Kementerian Pengangkutan merangka garis panduan untuk mengawal selia industri itu dan beliau akan membentangkan memorandum Jemaah Menteri dalam mesyuarat kabinet pada minggu ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit kkr.gov.my

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply