ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua labur RM7 juta hasilkan alat ganti model terdahulu di bawah satu bumbung

Berita Tempatan

Views

Jika anda pemilik model-model terdahulu keluaran Perodua, anda tidak perlu risau mengenai stok komponen badan kenderaan kerana pengeluar tersebut hari ini melancarkan sebuah mesin tempa (press stamping) baharu di premis pembekalnya IQM Sdn Bhd di Tanjung Malim. Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Perodua bersama dengan para pembekalnya untuk mengembangkan perniagaan dan keupayaan mereka ke arah menjadi pembekal automotif bertaraf dunia.

Perodua telah melaburkan RM7 juta bagi mesin tersebut, termasuk pengangkutan dan pemasangannya di IQM. Mesin tempa hidraulik 1,600-tan metrik itu akan menghasilkan komponen badan kenderaan seperti penutup enjin, panel luar sisi, panel suku belakang, fender, pintu dan bumbung untuk model Perodua terdahulu seperti Myvi generasi pertama, Viva, Kelisa dan juga Kancil.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Perodua juga telah memindahkan semua acuan tempa (dies) yang diperlukan ke sini bagi memberi lebih ruang di dalam kilang Perodua, meringkaskan proses keseluruhan, menjimatkan kos dan masa, serta memudahkan pemantauan dan pengurusan di bawah satu bumbung. Selain itu, Perodua juga berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan IQM berkenaan pengeluaran alat ganti model terdahulu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, mereka membuat keputusan untuk memusatkan pengeluaran alat ganti model terdahulu di IQM berdasarkan empat teras.

  • Mereka ingin terus menyokong para pemilik model-model terdahulu dengan alat ganti yang berkualiti, pantas dan berpatutan menerusi perniagaan Badan & Cat.
  • Mereka komited untuk membangunkan semua 135 pembekal kami di Malaysia, bukan sahaja melalui perniagaan dengan mereka tetapi menerusi perkongsian kemahiran dan teknologi.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

  • Langkah ini mewakili komitmen mereka kepada negara dan ekonominya dengan peningkatan daya saing ekosistem automotif Malaysia.
  • Ia mewakili komitmen Perodua untuk terus meningkatkan kualiti dan kecekapannya ke arah menjadi sebuah syarikat yang lebih baik, maju dan mampan,

Sejak 1994, Perodua telah menjual lebih 3.7 juta kenderaan di Malaysia. Kini, lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan permintaan untuk alat ganti Perodua adalah untuk model-model terdahulu. Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, Perodua merupakan pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia, membelanjakan RM4.5 bilion setakat tahun ini daripada RM5.4 bilion yang diperuntukkan untuk keseluruhan 2019.

IQM menjadi pembekal Perodua sejak 2002 dan mereka kini membekalkan komponen tempa logam, pemasangan badan dan tiub brek. IQM mula menghasilkan alat ganti Viva apabila pengeluaran model tersebut berakhir pada 2014, dan pada tahun lepas ia mula menghasilkan alat ganti Myvi generasi kedua di barisan pengeluaran khas yang baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply