ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia bakal bangunkan kereta lumba sel bahan api

Berita Tempatan

Views

Lima entiti tempatan akan bekerjasama dalam pembangunan Program Kereta Lumba Elektrik Bersepadu Hidrogen (HyPER) yang menjadikan air sebagai sumber kuasa alternatifnya menjelang akhir tahun ini. Menurut Berita Harian, projek perintis ini bakal dibangunkan oleh NanoMalaysia Bhd, Handal Energy Solutions Sdn Bhd, Pulsar UAV Sdn Bhd (Pulsar), MNA Energy Sdn Bhd (MNA Energy) dan Wheelspin Motorsports, dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Handal Energy Solutions adalah anak syarikat milik penuh Handal Energy Bhd (Handal). Ketua Pegawai Operasi NanoMalaysia, Mohamad Hafiz Zolkipli, berkata program itu adalah projek khas di bawah program pengkomersialan teknologi nano di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang menyaksikan agensi itu menyuntik modal sehingga RM500,000 untuk membangunkannya.

Rakan teknologi lain bakal memberikan sumbangan mengikut kepakaran masing-masing, sebagai contoh UTM dalam pembangunan sistem motor elektrik, manakala Handal terbabit dalam kejuruteraan casis kereta dan integrasi sistem.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Pulsar UAV pula memfokuskan kepada pembangunan kartrij Fuel Cell; MNA Energy untuk teknologi ultrakapasitor menggunakan teknologi nano grafin dan sistem MESS; manakala Wheelspin Motorsports pula bagi pelantar (platform) kereta.

Mohamad Hafiz berkata, mereka menyasarkan kereta itu akan sedia dibangunkan menjelang akhir tahun ini. Fasa pengujian dijangka pada awal tahun depan seterusnya ke peringkat pemasaran untuk mendapatkan pelabur.

Kata beliau, secara potensinya, kereta ini boleh dibangunkan dalam tempoh lima tahun kerana kami dapati semua negara luar sudah memulakan inisiatif ini. Justeru, tiada alasan untuk Malaysia ketinggalan. Kelima-lima entiti itu memeterai memorandum perjanjian (MOA) untuk bersama membangunkan HyPER di Malaysia pada Pameran Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2019), baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Mengulas lanjut, Mohamad Hafiz, berkata secara asasnya kereta itu dipacu tenaga elektrik sebagai sumber kuasa utamanya yang disimpan secara hibrid dalam ultrakapasitor menggunakan teknologi nano grafin dan bateri litium ion.

Justeru, katanya, pengguna di bandar mudah mendapatkan akses bekalan kuasa untuk mengecas kereta hanya dalam beberapa minit, manakala Fuel Cell digunakan bagi menjana kuasa tambahan atau lebih daya kilas semasa memecut.

Katanya lagi, dalam situasi tidak boleh mengecas kereta atau tiada akses bekalan elektrik, pengguna boleh beralih kepada hidrogen sebagai sumber kuasa utama dan kereta itu boleh dipacu oleh air. Kebiasaannya Fuel Cell lain memerlukan pembekalan hidrogen yang sudah tersedia, namun HyPER dibangunkan melalui keupayaan menjana hidrogennya sendiri menggunakan campuran air dengan pemangkin bahan kimia lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit FocusMalaysia.my

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply