ARKIB

KATEGORI

Teknologi

Pelajar cipta peranti penghidup motosikal guna imbasan cap jari

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, dua pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional (KV) Bachok, Wan Amiruddin Wan Amran, 19, dan Adeeb Aideen Mat Yusof, 19, tampil dengan idea ciptaan peranti untuk menghidupkan motosikal menggunakan alat pengimbas cap jari.

Ciptaan pintar itu juga telah berjaya memenuhi projek tahun akhir mereka. Wan Amiruddin berkata, projek yang dinamakan ‘Fingerprint Bike Starter’ itu terhasil selepas melihat banyak kecurian motosikal yang berlaku ketika ini.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Katanya, sistem ini sukar untuk diceroboh kerana motosikal yang dipasangkan peranti ini hanya akan hidup menerusi kesepadanan cap jari pemilik atau jari individu yang berada dalam rekod sistem sahaja. Tambahnya, setiap ‘Fingerprint Bike Starter’ boleh menyimpan 127 kod cap jari dalam sistem pemasangan dan hanya pemilik sah yang direkodkan sahaja boleh menghidupkan motosikal sekaligus mengelak kecurian motosikal.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ‘Inreach Fair and KV Skills Competition’ 2019 di KV Bachok, Tangok, semalam. Wan Amiruddin berkata mereka berdua mengambil masa enam bulan untuk mencipta sistem itu termasuk membina prototaip dan menguji sistem pada motosikal yang menggunakan penghidup elektrik.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Katanya lagi, gerak kerja ini melibatkan beberapa cabaran terutamanya memasukkan sistem kod yang diaplikasi kepada mesin peralatan dan pengaturcaraan serta sistem menghidupkan motosikal dan kereta yang ada butang elektronik boleh menggunakan cap jari.

Mereka telah membelanjakan kira-kira RM500 untuk membangunkan projek berkenaan dan yakin inovasi komponen yang dicipta itu boleh dipasarkan secara komersial. Sementara itu, Adeeb Aideen berkata ciptaan mereka menggunakan perisian Arduino yang dilengkapi sistem rakaman suara dan paparan kristal cecair (LCD) dengan perkakasan elektronik seperti alat pengimbas jari yang diperolehi dari luar negara.

Katanya sehingga kini mereka sudah menerima tempahan memasang sistem keselamatan itu dalam kalangan pelajar dan pensyarah kolej. Mereka mampu menyiapkan satu pemasangan dalam tempoh 12 hari. Pengarah KV Bachok Rusli Idris berkata ciptaan kedua-dua pelajar itu akan dipatenkan sebagai hak eksklusif bertujuan menambahkan lagi nilai komersial produk berkenaan pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Gambar sekadar hiasan, kredit DD ElectroTech.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply