Pemandu mabuk buat hal lagi! Kali ini empat beranak cedera termasuk bayi perempuan berusia 12 bulan bersama ibunya parah, selepas seisi keluarga itu dirempuh sebuah kereta yang dipandu pemandu mabuk ketika berada di tepi jalan Persiaran Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, malam tadi.
Menurut Berita Harian, kejadian jam 11.30 malam tadi berlaku selepas kereta BMW dikatakan terbabas selepas melanggar bahagian belakang sebuah van persiaran menyebabkan van itu terbalik di tempat kejadian sebelum merempuh empat beranak itu.
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800
Kejadian itu menyebabkan Norhidayah Ahmad Yusof, 12 bulan dan ibunya, Bashirah Mohd Yazid, 31, cedera parah dan kini masih dalam rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Bahiyah. Suami Bashirah, Ahmad Yusof Che Kar, 42, dan seorang lagi anak pasangan itu, Mohamad Taufiq Ahmad Yusof, 10, hanya cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata kemalangan berlaku membabitkan dua buah kenderaan dan empat mangsa yang berada di tepi jalan di kawasan itu. Menurut beliau, siasatan awal mendapati van persiaran yang dipandu lelaki berusia 58 tahun dari Ampang, Selangor dikatakan keluar dari arah simpang susuran Sultan Abdul Hamid 3, yang sedang bergerak lurus.
Jelasnya, selepas van persiaran itu bergerak pada jarak lebih kurang 20 meter, kenderaan itu dilanggar dari arah belakang oleh kereta BMW yang datang dari arah Jalan Teratai. Akibat perlanggaran itu, kereta BMW itu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar empat mangsa yang berada berhampiran lokasi kejadian.
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
Tambah beliau, pemandu BMW berusia 39 tahun itu yang turut mengalami kecederaan kini dirawat di sebuah hospital swasta. Mohd Rozi berkata, saringan awal mendapati pemandu BMW itu memandu di bawah pengaruh alkohol, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja tiba di lokasi jam 11.37 malam.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 11.34 malam berhubung kemalangan di lokasi kejadian. Tambahnya, operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Alor Setar dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital oleh ambulan KKM. Ujarnya lagi, tindakan anggota bomba melakukan kerja-kerja membersih sisa kemalangan di tempat kejadian.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Facebook.
JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
KOMEN TERKINI