ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell mansuhkan fi tambah nilai Touch ‘n Go di stesen minyak sepanjang Lebuhraya NKVE, ELITE dan Lebuhraya Pantai Timur

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik untuk seluruh warga Malaysia! Shell Malaysia telah memansuhkan fi tambah nilai Touch ‘n Go sebanyak RM0.50 di semua stesen minyaknya sepanjang Lebuhraya PLUS (NKVE dan ELITE) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ini adalah tambahan kepada inisiatif mereka sebelum ini yang memansuhkan fi tambah nilai Touch ‘n Go di semua stesen minyak sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan awal Januari lalu.

Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pihaknya memahami cabaran rakyat Malaysia yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup. Dengan memansuhkan caj tambah nilai Touch ‘n Go di stesen minyak Shell di sepanjang NSE, NKVE, ELITE, ECE dan lain-lain, ia diharap dapat mengurangkan beban pelanggan mereka semasa dalam perjalanan atau mengisi minyak.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Sepanjang 2019, Shell melancarkan beberapa kempen yang memberikan hadiah-hadiah menarik seperti kereta hingga ke mata kesetiaan. Pada bulan September tahun lalu, Shell memberikan tiga buah BMW X3 xDrive30i Luxury menerusi kempen WIN 3 BMW X3.

Keriangan diteruskan apabila Shell memberikan 10x ganda kutipan mata BonusLink dengan pembelian setiap 1 liter bahan bakar dan menawarkan 50 peratus rebat untuk penebusan mata BonusLink pada 12 Disember 2019 yang merupakan antara inisiatif yang dibuat pada tahun lepas.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’ yang kini sedang berlangsung sehingga 9 Februari 2020, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah utama mingguan berupa wang tunai RM20,000 dan 20 hadiah saguhati sebanyak RM1,000. Pemberian tunai ini disasarkan kepada rakyat Malaysia untuk memenuhi kehendak dan impian mereka bersama yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut dan senarai stesen Shell yang tidak mengenakan caj fi tambah nilai Touch ‘n Go, layari
www.shell.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif