ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta rempuh motosikal elak babi melintas, seorang pelajar maut

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang pelajar maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang terbabas dipercayai mengelak babi melintas jalan di Jalan Utama Jenderak Utara dekat Kuala Krau semalam.

Dalam kejadian kira- kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Nor Atiqah Sulaiman, 16, yang juga pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini kira-kira jam 8.35 malam tadi.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, ketika kejadian mangsa yang maut membonceng motosikal jenis Yamaha LC ditunggang rakan sekolahnya, Nur Syakila Khalid, 17. Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang guru lelaki berusia 34 tahun dari arah Jenderak Selatan menuju Pekan Kuala Krau.

Jelas Mohd Yusri, apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai seekor babi melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu kereta mengelak ke kanan dan masuk ke laluan bertentangan. Ketika masih di laluan bertentangan, tiba-tiba datang sebuah motosikal yang dinaiki mangsa dari arah Pekan Kuala Krau menyebabkan pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian hadapan motosikal berkenaan.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Beliau berkata, motosikal terbabit kemudiannya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di sebelah kiri jalan menghala ke Pekan Kuala Krau. Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal tercampak ke hadapan manakala pemboncengnya, Nor Atiqah jatuh bersama motosikal berkenaan.

Tambah beliau, pemandu kereta turut mengalami luka pada jari kanan dan kepala manakala Nur Syakila patah kaki kiri dan Nor Atiqah cedera di kepala dan perut serta patah tulang pinggul. Mangsa dibawa ke Hoshas untuk rawatan selanjutnya namun pada jam 9.20 malam tadi pihaknya dimaklumkan pembonceng motosikal meninggal dunia pada jam 8.35 malam. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Sinar Harian

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply