ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mereka dah berdamai…

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan seorang warga emas yang terbabit dalam pergaduhan di pusat komersial USJ 9, Subang Jaya, telah bertemu semula untuk berdamai semalam.

Menurut Berita Harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze, berkata kedua-duanya telah berdamai secara sukarela, sekali gus menyelesaikan salah faham antara mereka. Kata Michelle, pegawai MPSJ dan individu yang terbabit dengan insiden tersebut telah berjumpa dengannya semalam, bersama seorang pengantara bertauliah, Sean Onn.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Tambahnya, beliau amat berbesar hati dan berbangga untuk memaklumkan bahawa, selepas berbincang dengan kedua-dua pihak iaitu pegawai MPSJ dan individu berkenaan, mereka dengan sukarela berdamai dan telah menyelesaikan segala salah faham.

MPSJ, pegawai MPSJ dan individu berkenaan juga bersetuju supaya isu antara mereka dikira selesai secara muktamad. Insiden pergaduhan antara seorang pegawai MPSJ dengan warga emas itu tular sejak semalam dan menerima reaksi pelbagai pihak di media sosial.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Ia dikatakan berpunca apabila seorang warga emas yang tidak berpuas hati kenderaannya ditarik sepasukan penguat kuasa MPSJ dan memukul salah seorang daripada anggota berkenaan menggunakan payung lalu dibalas semula oleh mangsa.

Video itu mendapat reaksi Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan yang mengesahkan kejadian itu dan berkata pemilik kenderaan terbabit tidak berpuas hati dikenakan tindakan penguatkuasaan tunda dan cuba melepaskan kenderaan daripada alat tunda sebelum memarahi dan memukul anggotanya.

Menurut Noraini, kesalahan trafik dan memukul pegawai bertugas adalah jelas. Kata beliau, sekiranya orang awam tidak berpuas hati dengan sebarang tindakan penguatkuasaan, mereka boleh mengemukakan aduan rasmi kepada MPSJ. Tambahnya lagi, mereka juga boleh ke Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply