ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerajaan bakal laksana subsidi bersasar awal tahun depan

Berita Tempatan

Views

Kerajaan dijangka melaksanakan pemberian subsidi bersasar, termasuk untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tahun hadapan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan untuk permulaan, ia hanya membabitkan subsidi diesel.

Katanya, keputusan itu dicapai menerusi perbincangan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan mekanisma yang akan diguna pakai bagi pelaksanaan pemberian subsidi bersasar berkenaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Jelasnya, beberapa kementerian, termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan (MoF), Kementerian Pengangkutan (MoT) serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini sedang menyiapkan pangkalan data bersepadu.

Pangkalan data bersepadu ini akan digunakan bagi proses penyelarasan data berkaitan. Semua agensi dan kementerian sudah ada pangkalan data masing-masing, cuma kita perlu selaraskan semuanya dan pastikan ia tepat serta berkesan bagi pelaksanaannya nanti.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pelancaran Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2023 dekat Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

BH sebelum ini, melaporkan subsidi bersasar mungkin diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi, mengambil kira kebarangkalian harga minyak dunia akan berterusan meningkat sehingga ke paras AS$100 setong.

Langkah itu bertujuan memastikan peruntukan subsidi yang disediakan kerajaan dapat memanfaatkan kumpulan sasaran.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sebelum ini, pelbagai pihak mencadangkan pelaksanaan subsidi bersasar berikutan kemudahan kerajaan itu turut dinikmati golongan kaya dan warga asing.

Pada Februari lalu, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, dilaporkan berkata, kerajaan mampu memperoleh penjimatan sehingga RM17 bilion jika golongan T20 tidak menikmati subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Ahmad menjelaskan, penggunaan ketiga-tiga bahan api itu dalam kumpulan B40 hanya sekitar 24 peratus, manakala M40 sebanyak 41 peratus dan kumpulan T20 adalah 35 peratus pada 2022.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan komited melaksanakan pemberian subsidi bersasar bagi mengurangkan ketirisan.

Beliau menjelaskan, melalui langkah itu, kerajaan menanggung jumlah subsidi elektrik bernilai RM10.8 bilion, berbanding jumlah asal sebanyak RM14.9 bilion.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply