ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kerja sambilan pandu lori Roro, remaja 13 tahun ditahan

Berita Tempatan

Views

Tindakan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bekerja sambilan dengan memandu lori mengundang padah apabila ditahan pihak berkuasa di Persiaran Mokhtar Dahari di Shah Alam, semalam.

Penahanan pelajar sekolah itu dilakukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang mengesan lori jenis ‘Roll On Roll Off’’ (Roro) dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pengarah JPJ negeri, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, pemeriksaan lanjut pihaknya kemudian mendapati lori tanpa muatan itu dinaiki dua remaja lelaki yang juga adik-beradik.

Siasatan awal mendapati remaja itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori milik syarikat keluarganya. Remaja tersebut bersama abangnya berusia 15 tahun yang merupakan kelindan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Selain memandu dibawah umur, pihaknya turut mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) dan tiada tanda had laju.

Jelas Khairul Khar, pihaknya menyita lori itu mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok bagi tindakan lanjut.

Tambah beliau, memandu di bawah umur juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 akta sama. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 马来西亚星洲日报 Malaysia Sin Chew Daily

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply