ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu mabuk rempuh motosikal berteduh bawah jejambat, tiga penunggang maut

Berita Tempatan

Views

Tiga penunggang motosikal maut, manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh pemandu mabuk di bawah jejambat di Kilometer 19.6 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di Petaling Jaya pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan kemalangan tersebut pada jam 6.50 pagi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 5.59 pagi, seorang lelaki berusia 26 tahun memandu kereta jenis Honda City Hatchback dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cyberjaya.

Setibanya di lokasi, kereta tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal berusia 19 hingga 37 yang sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat berkenaan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mohamad Fakhrudin berkata, tiga penunggang motosikal disahkan maut di lokasi, manakala seorang parah dan dua lagi cedera menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Hasil ujian ke atas pemandu itu mendapati kandungan alkohol melebihi had yang dibenarkan, lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit IPD Petaling Jaya

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply