Polis meminta pemilik video pemuka (dashcam) terlibat dalam insiden kesalahan lalu lintas di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Indah, susur Shamelin, baru-baru ini tampil ke balai polis berdekatan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya terkesan video tular yang dimuat naik di Facebook sekitar pukul 7 petang, kelmarin.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Menurutnya, rakaman video itu memaparkan seorang pemandu kereta jenis Perodua Myvi telah memotong barisan ketika berada di lokasi kejadian.
Pemandu Perodua Myvi tersebut telah hadir ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya untuk memberi keterangan berkenaan kejadian itu.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Kes disiasat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (memotong barisan).
Sehubungan itu, Farouk memohon pemilik video berkenaan atau pemandu terlibat hadir ke mana-mana balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.
Individu yang terlibat juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI