ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes gaduh di Pintu Utama Grandstand SIC – Polis tahan lelaki warga Indonesia

Berita Tempatan

Views

Ekoran tularnya satu rakaman video yang memaparkan kejadian pergaduhan di Pintu Utama Grandstand Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki warga Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Menurut Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah, dalam kejadian 3.45 petang itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai menumbuk petugas lelaki berusia 24 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Katanya, ia berpunca apabila lelaki warga Indonesia itu ditegur kerana menendang pagar. Mangsa sedang bertugas di Pintu Utama Grandstand SIC sebelum suspek terbabit menendang pagar tersebut. Lelaki tersebut telah ditegur oleh mangsa, namun dia telah diserang dan ditendang hingga menagalami kecederaan di bibir

Zulkifli berkata, susulan kejadian itu, mangsa menerima lima jahitan dan suspek terbabit telah ditahan. Tambahnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Video insiden tersebut tular di laman sosial dan ramai warganet ingin tahu apa punca di sebalik kejadian itu. Nampaknya segala persoalan dah terjawab sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply