ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Jentera lumba Moto2 dan Moto3 bakal dikuasakan oleh PETRONAS Primax mulai 2020

Sukan Permotoran

Views

Ini berita yang membanggakan buat peminat sukan permotoran negara kerana semalam PETRONAS telah memeterai perjanjian sebagai pembekal bahan api rasmi untuk siri perlumbaan motosikal Moto2 dan Moto3 selama tiga tahun bermula dari tahun 2020 sehingga 2022.

Perjanjian tersebut telah dipersetujui oleh Dorna Sports, yang merupakan pemegang hak komersil siri perlumbaan tersebut. Moto2 dan Moto3 adalah perlumbaan motosikal kelas ringan dan pertengahan di bawah Kejohanan Dunia MotoGP. Perjanjian ini turut merangkumi pengkilanan di tepi litar.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

PETRONAS juga telah menjadi penaja utama dan rakan teknikal kepada PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team yang bersaing dalam kelas Moto2, Moto3 dan MotoGP. Menerusi satu kenyataan media, presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan PETRONAS Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai pembekal bahan api rasmi untuk perlumbaan Moto2 dan Moto3.

Katanya, kerjasama ini adalah kesinambungan kepada kejayaan kolaborasi bersama PETRONAS Sepang Racing Team dalam saingan MotoGP dan memandakan pengiktirafan kepada PETRONAS Fluid Technology Solutions bagi membekalkan produk yang efisien dan berprestasi tinggi untuk arena perlumbaan motor global.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Tambahnya lagi, sebagai rakan tenaga dan penyelesaian progresif, PETRONAS akan terus mendorong inovasi teknologi dalam bidang bahan api dan pelincir, dan mereka bertekad untuk terus menyampaikan produk yang inovatif serta berdaya saing.

Ketua pegawai eksekutif Dorna Sports Carmelo Ezpeleta pula berkata, jenama PETRONAS begitu sinonim dengan kecemerlangan dan salah nama yang tersohor dalam sukan permotoran moden. Jadi ini membuatkannya amat berbangga untuk menyaksikan mereka meneruskan kehadiran di paddock MotoGP.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PETRONAS MOTORSPORTS

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply