ARKIB

KATEGORI

Buletin

Khabar angin harga petrol, diesel naik sebelum Aidilfitri ‘tak betul’ – Rafizi

Berita Tempatan

Views

Kerajaan menafikan khabar angin berhubung dakwaan harga minyak petrol dan diesel dijangka naik sebelum Aidilfitri ini.

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, fokus kerajaan saat ini adalah memberi keutamaan dari segi penyediaan bantuan dan sistem sokongan terutamanya pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) sebelum memikirkan sebarang keputusan melibatkan subsidi petrol dan diesel.

“Tidak betul. Saya rasa kita telah berterus-terang kepada rakyat bahawa kita mahu letakkan semua bantuan dan sistem sokongan pada tempatnya dulu sebelum apa-apa keputusan mengenai subsidi petrol itu dibuat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mustahil akan ada sebarang keputusan mengenai subsidi petrol dan diesel ini memandangkan ia terlalu dekat dengan tarikh tutup perlaksanaan Padu iaitu pada 31 Mac ini.

“Ini kerana kita perlukan data itu dibersihkan, kita perlu maklumkan kepada orang ramai siapa yang dapat,” katanya kepada pemberita selepas sesi town hall Padu di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan sebuah firma penyelidikan menjangkakan bahawa harga RON95 dan diesel akan melonjak dalam masa terdekat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ini dikatakan pengapungan mengikut harga pasaran bagi RON95 dan diesel boleh menjimatkan subsidi bahan api kerajaan sebanyak RM29 bilion.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, kerajaan juga telah mengumumkan bahawa pelaksanaan subsidi bersasar itu akan dipertimbangkan daripada suku kedua ke atas.

“Ini kerana apabila melihat pada garis masa, kita memang perlukan suku pertama iaitu empat hingga lima bulan pertama ini untuk kita menyelesaikan soal sistem sokongan untuk diberikan bantuan kepada orang ramai,”ujarnya. – KOSMO!ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply