ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan lancar GT-R T-spec 2022 – Dua versi, terhad 100 unit sahaja

Berita Global

Views

Nissan hari melancarkan varian baharu GT-R yang dipertingkatkan untuk pasaran Jepun, termasuklah dua model edisi terhad, GT-R Premium Edition T-spec dan GT-R Track Edition Engineered by Nismo T-spec. Pengeluar dari negara matahari terbit itu turut mengumumkan GT-R T-spec akan tiba di Amerika Utara mulai musim sejuk nanti dalam jumlah yang sangat terhad.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Untuk versi jepun, ia akan mula berada di pasaran pada pertengahan bulan Oktober. Hanya 100 unit sahaja varian T-spec akan dihasilkan dan bakal pembelinya akan dipilih menerusi undian. Antara peningkatan yang dibuat termasuklah brek karbon-seramik, spoiler belakang gentian karbon, penutup enjin mengikut versi dan lencana khas.

Model ini ditawarkan dalam dua warna baharu, iaitu Midnight Purple dan Millennium Jade. Harga jualan varian Premium Edition T-spec di Jepun bermula dari 15,904,900 Yen (RM599,877) dan ia boleh dikenali menerusi rim aloi lebar dari jenama Rays dengan kemasan gangsa.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ia turut ditawarkan dengan rekaan dalaman eksklusif dan tetapan suspensi yang spesifik mengikut versi. Model Track Edition engineered by NISMO T-spec pula mendapat bumbung baharu dan penutup but yang diperbuat dari gentian karbon bagi mengurangkan berat, dengan tambahan aksesori dari Nismo.

Harga jualan varian ini bermula dari 17,881,600 Yen (RM674,431) dan merupakan versi yang paling mahal. Kesemua varian ini dijana oleh enjin VR38DETT turbo-berkembar 3.8-liter V6 yang mampu menjana 565 kuasa kuda dan 633 Nm daya kilas yang digandingkan dengan kotak gear 6-kelajuan dwi-cekam serta pacuan semua roda ATTESA E-TS.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply