ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kilang Honda di Pegoh catat sejarah, Civic muncul unit pengeluaran ke sejuta

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini mencatat sejarah setelah mencapai pengeluaran sejuta unit sejak ia memulakan pemasangan tempatan pada 2003, menerusi kilang pengeluarannya di Pegoh, Melaka. Model Civic baharu muncul sebagai kenderaan ke sejuta yang dihasilkan oleh kilang berkenaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata pada Mac tahun lalu, mereka telah berjaya mencatat jualan satu juta unit dan setahun selepas itu, mereka meraikan satu lagi sejarah, pengeluaran yang ke sejuta.

Honda Malaysia membuka barisan pengeluaran yang pertama di Pegoh pada Januari 2003. Ia dibina di atas kawasan seluas 46,543.00 meter persegi dengan kapasiti 50,000 unit kereta setahun. Model CR-V generasi kedua muncul model pertama dikeluarkan di kilang berkenaan.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Pada Oktober 2013, model Jazz Hybrid mula dihasilkan di barisan pengeluaran kedua yang terletak di tapak seluas 49,190.50 meter persegi. Barisan pengeluaran kedua itu dirasmikan pada Januari 2014, sekali gus meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 100,000 unit setahun.

Ini juga membolehkan syarikat memasang tujuh model, antaranya City, City Hatchback, Civic, Accord, BR-V, HR-V dan CR-V. Apa yang lebih menarik, kilang tersebut mampu menghasilkan pelbagai model pada masa yang sama dengan keupayaan pengeluaran yang fleksibel.

Bagi memastikan kereta untuk pasaran tempatan yang dihasilkan berkualiti tinggi, Honda Malaysia telah melabur dalam teknologi pembuatan terkini yang setanding dengan kilang di Jepun. Salah satu pendekatan yang dibuat adalah penggunaan teknologi Pateri Laser (Laser Brazing).

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Selain itu, teknologi Kimpalan Kerangka Dalam (Inner Frame Welding) turut digunakan bagi mempertingkatkan ketegaran badan kereta, manakala Semburan Busa Poliuretana (Spray Polyurethane Foam) mengurangkan hingar dan getaran pada model Honda.

Selain penggunaan teknologi pembuatan tercanggih untuk menghasilkan kereta, Honda Malaysia akan terus mengembangkan penggunaan teknologi e:HEV, VTEC Turbocas, Honda SENSING dan Honda CONNECT pada barisan model keluarannya.

Pengarah, Naib Presiden Eksekutif dan Wakil Pegawai Eksekutif Honda Motor Co., Ltd., Seiji Kuraishi, berkata Honda telah menghasilkan lebih daripada 124 juta unit kereta di seluruh dunia. Tambahnya, Honda terus berusaha untuk menambah baik penawaran produk mereka dengan pengenalan teknologi terkini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply