ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kompaun sehingga RM300 jika masih ingkar amaran papan tanda kawasan banjir

Berita Tempatan

Views

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengingkari amaran papan tanda di kawasan bencana banjir. Menurut Berita Harian, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik, berkata pihaknya tidak akan berkompromi lagi dengan mereka yang meredah air banjir walaupun papan tanda amaran sudah dipasang.

Katanya, terdapat beberapa kes di Terengganu pemandu mengambil risiko meredah laluan yang dinaiki air walaupun jalan sudah ditutup dan lencongan disediakan sebagai laluan alternatif. Pihaknya tidak akan bagi peluang dan memaafkan mana-mana individu yang berdegil dan ingkar dengan arahan diberikan.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Sebelum ini, mereka tidak ambil apa-apa tindakan namun selepas ini tindakan akan diambil mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana gagal mematuhi isyarat papan tanda. Bagi kesalahan itu, individu yang ingkar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

Roslee berkata, tindakan undang-undang diambil susulan beberapa kes meredah banjir dan laluan yang ditutup sehingga ada yang hanyut bersama kenderaan. Ujarnya, masih ada segelintir pihak mengambil risiko walaupun pelbagai peringatan diberikan bukan sahaja daripada pihak polis namun pihak berkuasa yang lain.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Pihaknya telah berulang kali mengingatkan pemandu atau penunggang tidak mengambil risiko walaupun laluan itu adalah jalan yang biasa dilalui sebelum ini. Tambah beliau lagi, air banjir ini biasanya keruh dan kita tidak nampak keadaan sebenar jalan yang mungkin sudah runtuh atau rosak disebabkan banjir seterusnya berbahaya untuk pengguna jalan raya.

Sehingga kini, sebanyak tiga kes kenderaan meredah banjir direkodkan dengan semua kes berlaku di daerah Kemaman. Kejadian terbaharu berlaku kelmarin apabila sebuah Ford Ranger dihanyutkan air di bawah jejambat Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Chukai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply