ARKIB

KATEGORI

Buletin

MPK roboh papan tanda/iklan haram sekitar Kuantan

Berita Tempatan

Views

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menerusi hantaran ringkas di laman Facebook rasmi mereka berkata Jabatan Perancangan Pembangunan (MPK) telah mengadakan satu Operasi Roboh Bersepadu (ORB) bagi papan iklan/papan tiada kelulusan dalam kawasan bandar Kuantan, khususnya di sekitar kawasan bandar Indera Mahkota.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Dalam sesi taklimat kepada kakitangan yang terlibat, Encik Engku Israruddin bin Engku Ibrahim selaku Ketua Operasi berkata, operasi ini bertujuan untuk meroboh papan iklan haram yang tidak berlesen dan telah tamat tempoh.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya dari segi penglihatan yang terhalang ketika memandu untuk keluar simpang disebabkan oleh papan-papan tanda haram yang menghalang pandangan dan ia juga salah satu tindakan untuk lestari serta keindahan bandar kuantan khususnya.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Operasi ini turut disertai oleh pelbagai bahagian dalam organisasi MPK termasuklah Bahagian Pembangunan Lestari, Bahagian Pembangunan, Bahagian Penyelengaraan, Bahagian Mekanikal dan Pengangkutan, Penguatkuasaan dan Keselamatan, Seksyen Perhubungan Awam dan Bahagian Pelesenan MPK.

Operasi telah dilakukan sepanjang Jalan Bukit Ubi, Jalan Kuantan – Sg. Lembing, Jalan Sultan Abdullah, Jalan Sultan Ahmad Shah dan sebaliknya. Dianggarkan kira-kira lebih dari 60 unit papan iklan haram telah berjaya dirobohkan dalam operasi tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply