ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lapan kenderaan hangus terbakar di parkir kondominium

Berita Tempatan

Views

Enam buah motosikal dan dua buah kereta musnah dalam kebakaran di Kondominium Villa Emas, Persiaran Bayan Indah di Bayan Lepas pada petang tadi.

Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran di sebuah kondominium berkenaan pada jam 3.05 petang.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya, kebakaran mengakibatkan enam buah motosikal dan dua buah kereta musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Tambah beliau, pihak bomba kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran

Menurut beliau, polis akan menjalankan siasatan mengenai punca kejadian sama ada terdapat unsur khianat atau berpunca dari faktor lain. Pihaknya akan siasat, namun perlu menunggu siasatan daripada pihak forensik bomba dahulu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Azrul Khairi Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.06 petang.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat dua buah kereta dan enam motosikal di kawasan parkir kondominium tersebut musnah disambar api.

Hampir keseluruhan lapan kenderaan tersebut terbakar dalam kejadian itu. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.22 petang.

Tambah Azrul Khairi, pihaknya turut mendapat bantuan dari BBP Jalan Perak dan Pasukan Bomba Sukarela yang berdekatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply