ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kontrak Valentino Rossi bersama SRT tidak disambung musim depan

Sukan Permotoran

Views

Teka-teki mengenai nasib bekas jaguh dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Valentino Rossi terjawab apabila prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Datuk Razlan Razali mendedahkan pihaknya tidak akan me­nyambung kontrak pelumba l­egenda Itali itu musim depan.

Menurut laporan K! ONLINE, Pelumba berusia 42 tahun itu sebelum ini dilihat ‘main tarik tali’ mengenai percaturan kariernya pada saingan MotoGP musim depan selepas mendedahkan bakal membuat pertimbangan sejurus tempoh rehat saingan pada musim panas ini.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagaimanapun, Razlan me­negaskan, pihaknya tidak boleh menunggu terlalu lama atau bersabar dengan keputusan Rossi kerana SRT mempunyai perancangan sekali gus pihaknya memutuskan sebulat suara untuk ‘berpisah’ dengan Rossi pada peng­hujung musim ini.

Razlan berkata, pihaknya enggan menunggu terlalu lama mengenai keputusan Rossi sama ada dia ingin meneruskan perlumbaan atau tidak pada musim depan. Menerusi perbincangan dengan pengurusan, mereka sebulat suara bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak bersama Rossi bagi musim perlumbaan 2022.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Justeru, pihaknya akan kembali fokus pada matlamat mereka untuk mencari bakat-bakat pelumba muda terbaik bagi mengisi kekosongan tersebut nanti. Rossi yang juga juara dunia MotoGP sembilan kali dilihat gagal mempamerkan aksi me­yakinkan setakat ini dan hanya menduduki tangga ke-19 dalam carta kedudukan pelumba bersama pasukan SRT.

Rossi kini ketinggalan 100 mata berbanding pendahulu ke­seluruhan yang juga bekas pelumba SRT, Fabio Quartararo. Beliau sebelum ini dilaporkan sedang giat membina sebuah pasukan dalam kelas perdana MotoGP musim depan dan cuba ‘memikat’ pengeluar jentera dari Jepun, Yamaha untuk menyokong mereka dalam saingan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply