Ekzos motosikal tiruan antara pelbagai barangan bernilai RM1.7 juta yang dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor hari ini.
Ribuan eksibit itu melibatkan 50 kes termasuk alat ganti kenderaan yang dirampas dalam operasi dan serbuan sejak 2013.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, kesemua kes pelupusan itu selesai proses siasatan termasuk tujuh daripadanya yang didakwa dan dijatuhi hukuman mahkamah.
Katanya, barangan itu antaranya peralatan komputer, produk kecantikan dan kesihatan, aksesori telefon, pakaian dan instrumen aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi.
Tambahnya, kes itu turut melibatkan 100 ekzos dan tempat duduk motosikal tiruan yang dirampas di sebuah stor tahun lalu.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Kesalahan dikesan antaranya penjualan barangan tiruan, penyelewengan barang kawalan subsisidi, hakcipta dan penandaan harga yang mengelirukan.
Beliau, berkata demikian pada sidang akhbar Pelupusan Eksibit Perdana 2023 di Stor Penyimpanan KPDN Selangor di Bukit Raja di Shah Alam, hari ini.
Terdahulu, beliau bersama pelbagai wakil cap dagang menyaksikan proses pelupusan itu yang turut menggunakan jentera penggelek. – KOSMO!ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Kosmo
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI