ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz GLC 300 tak nampak bayang, duit simpanan RM103,929 lesap

Berita Tempatan

Views

Seorang juruteknik kerugian RM103,929 selepas terpedaya dalam urusan jual beli kenderaan tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 36 tahun tertarik dengan tawaran membeli Mercedes-Benz GLC 300 yang diiklankan di Facebook pada harga RM65,500, 22 Jun lalu.

Katanya, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas melakukan 24 transaksi kepada empat akaun yang berbeza sehingga menyebabkan kerugian RM103,929.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menerusi satu kenyataan hari ini beliau memaklumkan, siasatan mendapati sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa.

Dalam kes lain, beliau berkata, seorang warga emas berusia 75 tahun kerugian RM140,600 selepas terpedaya sindiket Phone Scam pada 11 Ogos lalu.

Berdasarkan laporan, wanita itu menerima panggilan telefon daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan elektrik di Beserah.

Selain itu, mangsa juga dikatakan terbabit dalam pengubahan wang haram dan juga kegiatan penjualan dadah.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis untuk tujuan siasatan dan mangsa juga telah memberikan butiran akaun bank serta nombor kod pengesahan transaksi (TAC).

Mangsa hanya menyedari ditipu selepas mendapati sebanyak 15 transaksi dibuat dalam akaun peribadinya kepada beberapa akaun yang belum dikenalpasti sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM140,600.

Sumber kewangan adalah wang simpanan dan wang simpanan Amanah Saham Bumiputra (ASB). Yahaya berkata, dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai sentiasa membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https:// semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply