ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPDNHEP pilih Perodua Aruz untuk lancarkan tugas penguatkuasaan

Berita Tempatan

Views

Perodua Aruz mula memasuki sektor kerajaan menerusi pembelian pukal pertamanya sebanyak 55 unit oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP). Upacara penyerahan kenderaan tersebut telah diadakan semalam di ibu pejabat Kementerian di Putrajaya.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Muez Abdul Aziz menyerahkan kunci replika secara simbolik kepada Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Haji Iskandar Halim Haji Sulaiman. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya amat berterima kasih kepada KPDNHEP kerana memilih Perodua Aruz sekaligus menyokong ekosistem bekalan automotif Malaysia.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Dengan lebih 23,000 unit telah dijual daripada lebih 33,000 tempahan diterima sejak pelancarannya pada Januari lalu, Perodua Aruz merupakan SUV yang menawarkan nilai terbaik di pasaran dan juga SUV terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

Tambah Datuk Zainal, mereka memahami tugasan para pegawai penguatkuasa KPDNHEP sering melibatkan perjalanan yang jauh. Justeru, Aruz adalah kenderaan yang sesuai kerana ia lasak, boleh dipercayai, luas, praktikal, mudah dipandu dan mempunyai pelbagai konfigurasi tempat duduk. Tidak lupa juga kemudahan seperti pembaca kad tol dan kamera perakam yang terbina dalam, HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Dengan sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0, enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Aruz diberi penarafan keselamatan tertinggi lima bintang oleh ASEAN NCAP. Ia juga merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dinilai sebagai paling cekap penggunaan bahan api dalam kelasnya dengan 15.6 km/l, menyumbang kepada kos pemilikan yang rendah.

Ditambah dengan rangkaian servis terbesar di Malaysia, Perodua yakin KPDNHEP sememangnya kenderaan yang sangat sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka. Dalam usaha menghalang perkembangan produk dan alat ganti tiruan di pasaran, Perodua mengambil inisiatif dengan menganjurkan sesi perjumpaan bersama pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) di ibu pejabatnya di Sungai Choh semalam.

Pada Julai lalu, Perodua telah menganjurkan sesi perjumpaan bersama KPDNHEP dalam usaha untuk membanteras produk dan alat ganti tiruan berjenama Perodua di pasaran, menjadikannya antara syarikat pengeluar kenderaan pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif sedemikian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply