Cabaran Proton 1 Tank Adventure melabuhkan tirai menerusi satu perjalanan epik bermula dari Kota Bharu, Kelantan, dan berakhir di Johor Bahru sejauh 710km. Seramai 36 peserta akhir terdiri daripada pemilik dan barisan media yang memandu sebanyak 18 buah kereta Proton, dengan kelajuan pemanduan sebenar serta pelbagai keadaan lalu lintas yang mencabar.
Perjalanan konvoi bermula di Bandar Kota Bharu bersama selebriti jemputan berjaya melengkapkan perjalanan mereka dengan menyusuri jalan yang disulami pemandangan indah dengan kecantikan pantai yang terdapat di Timur Semenanjung Malaysia.
Hentian pertama adalah di Pantai Rhu yang terletak di Terengganu di mana setiap pasukan perlu mengambil bahagian di dalam cabaran merasai pelbagai hidangan dari negeri-negeri yang dilawati tiga minggu yang lalu. Mereka bermalam di Kuantan, dan pada keesokan harinya meneruskan perjalanan ke Puteri Harbour di Johor Bahru.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
Bagi memastikan keselamatan semua peserta, terdapat perubahan peraturan untuk cabaran kali ini di mana terdapat had masa ditetapkan di setiap hentian untuk memastikan perbezaan kelajuan antara kereta pesaing dan pengguna jalan raya yang lain dapat diminimumkan.
Had yang ditetapkan ini menghasilkan purata kelajuan di atas 70km/j, dilihat sebagai catatan yang baik kerana menunjukkan had pemanduan sebenar. Pada pusingan akhir ini, kesemua kereta menggunakan PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang terbukti memberikan pemanduan yang lebih lancar, responsif dan efisien.
Bacaan terbaik dicatatkan pada peringkat akhir ini adalah seperti berikut:
- Proton Iriz – 4.82L/100km
- Proton Persona – 5.03L/100km
- Proton Saga – 4.65L/100km
Secara teorinya, kedua-dua model Iriz dan Saga mampu mengembara lebih 800km (berdasarkan tangki sebanyak 40L) dengan mudah manakala Persona belum lagi untuk mencapai ke tahap itu. Keputusan yang dicatatkan oleh semua peserta adalah hampir sama.
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
Sebagai contoh, daripada enam buah Saga yang bersaing, empat daripadanya mencatat bacaan kurang daripada 5.00L/100km. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, cabaran kali ini telah meliputi perjalanan sejauh lebih 2,305km untuk mengukur kecekapan bahan api kereta keluaran mereka.
Secara keseluruhan, cabaran ini telah mencatatkan perjalanan lebih 40,000km menerusi empat peringkat dan jumlah pasukan yang bersaing. Ini merupakan satu bukti kukuh untuk penjimatan bahan api kereta Proton kerana angka-angka tersebut diperolehi melalui pemilik kereta dan barisan media yang melalui jalan raya seperti biasa berbanding hasil dari ujian makmal yang dijalankan.
Tambah Dr Li, mereka berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti yang melibatkan pelanggan di masa akan datang kerana ingin menunjukkan kepada semua pembeli tentang kelebihan kereta Proton. Dari kecekapan bahan api sehinggalah rekaan dan ciri-ciri termaju serta sistem pemanduan dan pengendalian yang mantap.
Berikut adalah keputusan Proton 1 Tank Adventure:
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
KOMEN TERKINI