ARKIB

KATEGORI

Buletin

KTMB perjelas isu wanita hamil duduk di lantai koc tren DMU

Berita Tempatan

Views

Isu seorang wanita hamil yang duduk di lantai tren Diesel Multiple Unit (DMU) pada 15 Oktober lalu sebenarnya telah diselesaikan dengan baik ketika hari kejadian tersebut.

Utusan Online melaporkan, menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), petugas di gerabak berkenaan telah berusaha mendapatkan tempat duduk bagi penumpang itu namun dia tetap menolaknya.

Sebaliknya, wanita tersebut bertegas mahu kekal bersama-sama ahli keluarganya dalam koc yang sama apabila berlaku perubahan saat-saat akhir kategori set tren DMU pada tarikh itu.

Walaupun ada pertukaran set, penumpang yang membeli tiket tempat duduk akan dipastikan mendapat tempat duduk dan petugas sudah berusaha memberikan tempat duduk.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Syarikat rel kebangsaan itu mengulas insiden tersebut yang dimuat naik sendiri penumpang berkenaan pada 29 Oktober lalu sebelum ditularkan warganet tanpa tahu kisah sebenarnya.

Susulan hantaran tersebut, ramai warganet yang bersimpati dengan nasib wanita mengandung itu mengecam teruk KTMB sedangkan kejadian itu sudah lama berlaku dan telah diselesaikan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ada pengguna media sosial membalas hantaran itu dengan tampil menceritakan kejadian sebenar diuruskan baik KTMB pada hari kejadian.

Mereka mengutuk keras tindakan penumpang lain kerana sepatutnya lebih prihatin dengan memberi tempat duduk kepada wanita itu yang tidak mahu berjauhan dengan keluarganya.

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga

Mengulas lanjut, KTMB berkata, insiden itu melibatkan laluan dari Dabong ke Pasir Mas di Kelantan apabila berlaku lonjakan penumpang yang merentas negeri untuk balik ke kampung.

Jelas KTMB, penumpang itu telah beli tiket dua hala pada 13 Oktober di kaunter stesen dan dia tidak mahu ke koc lain kerana mahu dekat keluarga apabila berlaku perubahan set tren.

Bagaimanapun, operator itu memohon maaf dan kesal atas kejadian yang berlaku bahkan tindakan penambahbaikan dibuat secara berterusan demi keselesaan pada masa depan.

DMU yang dilancarkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada 11 April lalu, turut menawarkan tiket tanpa tempat duduk jika tiket tempat duduk sudah habis dijual.

Ia mampu memuatkan kapasiti maksimum 360 penumpang termasuk 218 dengan tempat duduk yang melibatkan laluan antara Tumpat di Kelantan sehingga Kuala Lipis di Pahang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply