Kali ini dengan bantuan kepakaran sahabat penulis Mohd Taufik, kami berjaya merungkaikan bagaimana rupa pandangan depan dan sisi model Axia 2023 (D74A) dengan lebih tepat.
Ini juga dengan bantuan satu foto illustrasi grafik yang tertiris di laman YouTube, Zakirin. Illustrasi tersebut dikatakan gambar rajah pada lembaran semak (checksheet) untuk kegunaan di kilang pengeluaran.
Jika dilihat pada illustrasi berkenaan, Perodua jelas merombak keseluruhan reka bentuk Axia 2023 (D74A), meskipun masih membawa beberapa elemen rekaan dari model semasa.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Paling ketara adalah bahagian sisi yang garis pinggangnya (beltline) yang lebih landai, tidak condong seperti model semasa.
Senang cerita, pereka di studio reka bentuk Perodua sudah ‘siap siaga’ untuk menjadikannya model sedan pengganti Bezza, yang penulis jangka akan jauh lebih seimbang dari segi nisbah/perkadaran reka bentuk (proportion).
Garis lekuk pada pintu hingga ke gerbang tayar (wheel arch) belakang sekilas pandang mirip Mercedes-Benz A200 generasi terdahulu. Perodua juga masih mengekalkan bentuk tingkap sisi, namun selepas tiang-C, ia nampak lebih tebal.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Reka bentuk lampu belakang juga nampak lebih 3 dimensi, tidak sekeping macam Axia semasa dan dari bahagian ini ia lebih mirip pada “King” atau Myvi.
Sekiranya anda perasan, garis bumbung Axia 2023 (D74A) banyak dipengaruhi dari rekaan model konsep X-Concept yang pernah dipamerkan di reruai Perodua semasa Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18).
Ketika ini Mohd Taufik sedang mempersiapkan lakaran bahagian belakang dan kami akan gandingkan kedua-duanya nanti dalam artikel akan datang. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Mohd Taufik
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI