Masalah lampu isyarat rosak sejak kira-kira lima tahun lalu di sekitar Persiaran Lestari Perdana serta persimpangan Persiaran Putra Permai Perdana, menyebabkan berlaku kemalangan dan kesesakan trafik sehingga mencetuskan kegelisahan penduduk setempat.
Justeru, Skuad Warga Prihatin Taman Lestari Putra (LEP) mendesak Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyelesaikan masalah lampu isyarat tidak berfungsi itu dengan segera bagi mengelak berlaku lebih banyak insiden tidak diingini.
Wakil skuad itu, Norizal Razali, 45, mendakwa keadaan itu menyebabkan aliran trafik keluar masuk di persimpangan Persiaran Putra Permai Perdana menjadi sesak kerana pemandu teragak-agak untuk membelok masuk ke taman perumahan berkenaan.
Beliau berkata, kesesakan semakin kritikal pada waktu tengah hari dan petang apabila tamat waktu persekolahan serta penduduk pulang dari kerja.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
“Kami sudah berjumpa dengan pegawai MBSJ untuk mengadu mengenai masalah lampu isyarat tidak berfungsi ini. Menurut mereka, lampu isyarat terbabit dipasang oleh pemaju dan sepatutnya diserahkan kepada pihak MBSJ selepas itu.
Malangnya, pemaju terbabit dikatakan tidak lagi beroperasi,” dakwanya. Norizal berkata, Skuad Warga Prihatin LEP juga sudah mengemukakan aduan rasmi kepada MBSJ pada 17 Oktober lalu, namun belum ada tindakan baik pulih lampu isyarat berkenaan hingga kini.
Beliau berkata, penduduk semakin bimbang apabila berlaku beberapa kemalangan di persimpangan terbabit akibat keadaan itu.
“Pada 2 Disember lalu, berlaku kemalangan antara penunggang motosikal dengan kereta tetapi tiada kecederaan serius. Khamis lalu, sekali lagi berlaku kemalangan antara kereta dengan motosikal membabitkan pelajar yang masih memakai baju seragam sekolah.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
“Perlanggaran berlaku apabila ada kenderaan mahu membelok ke simpang masuk ke taman perumahan ini tetapi pada sama, pemandu yang ingin jalan terus pula tidak mahu memperlahankan kenderaan untuk memberi laluan. Perkara ini boleh dielak jika lampu isyarat dibaiki dan berfungsi,” katanya.
Melalui surat aduan yang dihantar, beliau berkata, pihaknya meminta supaya sesi perbincangan diadakan dengan pihak MBSJ bagi membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera demi keselamatan pengguna jalan raya di kawasan itu.
“Kami turut membangkitkan isu tiada laluan untuk membolehkan kenderaan membuat pusingan U di hadapan Villa Perdana. Keadaan itu menyebabkan kenderaan terpaksa beratur panjang, malah ada segelintir pemandu membuat pusingan U di tempat tidak sepatutnya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan,” katanya.
Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat MBSJ ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan akan dipanjangkan kepada pegawai yang menjaga kawasan terbabit, untuk mengambil tindakan lanjut dengan segera. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Berita Harian
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI