ARKIB

KATEGORI

Tular

Langgar kereta dan tetak mangsa sebelum larikan wang tunai RM10k

Tular

Views

Sekumpulan individu bertindak melanggar kenderaan dipandu mangsa sebelum menetaknya menggunakan parang sebelum melarikan wang tunai RM10,000 di hadapan Teega Tower, Iskandar Puteri, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, susulan video tular itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan dua suspek yang disyaki terlibat dalam jenayah itu.

Jelasnya, bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya menahan seorang suspek di Horizon Hill pada pukul 10.15 pagi pada hari kejadian. Penahanannya membawa kepada tangkapan seorang lagi suspek pada pukul 9 malam di Gelang Patah.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Hasil siasatan, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 40-an mengaku terlibat dalam kes tersebut dengan cara melanggar kereta mangsa dan mencederakannya menggunakan parang.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan insiden tersebut yang kelihatan tiga individu bersenjatakan parang menyerang mangsa yang berada di dalam kenderaan pacuan empat roda.

Mangsa cuba melarikan diri namun dua buah kereta disyaki rakan suspek menghadang kenderaan tersebut dan kelihatan seorang suspek berjaya melarikan bungkusan yang mengandungi wang tunai berjumlah RM10,000 dari tempat duduk belakang kenderaan itu.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Mangsa yang merupakan peniaga dalam talian itu mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat ditetak berulang kali, namun dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan. Polis percaya ada tiga lagi rakan suspek yang masih bebas.

Siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan jenayah suspek berkenaan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian dikehendaki tampil ke IPD Iskandar Puteri bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun KeseksaanUTUSAN

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Joekim Mako

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply