ARKIB

KATEGORI

Buletin

PM umum perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya percuma sehingga 31 Mac

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya akan ditawarkan secara percuma mulai hari ini dari jam 3.00 petang sehingga 31 Mac 2023.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Menurut KOSMO! ONLINE, beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Pembukaan MRT Laluan Putrajaya secara sepenuhnya di Depot MRT Serdang, hari ini.

Katanya, pemberian perkhidmatan percuma itu melibatkan keseluruhan laluan Putrajaya merangkumi 57.7 kilometer (km) yang terdiri daripada 36 stesen bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Sementara itu, laluan terlibat meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Terdahulu, MRT Corp menerusi ciapannya di Twitter memaklumkan, MRT laluan Putrajaya ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply