ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat bas PDRM ‘pusingan-U’ hingga terlanggar Proton Wira

Tular

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan sebuah bas milik PDRM membuat ‘pusingan-U’ di lokasi tidak dibenarkan sehingga terlanggar sebuah kereta.

Bas tertera dengan tulisan ‘Polis Kuala Lumpur’ membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Batu Caves berhampiran Taman Greenwood, di Gombak, pukul 2.30 petang, 6 Disember lalu.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, video terbabit dimuat naik oleh pengguna Tik Tok @deafebianschannel1, jam 6 petang kelmarin.

Jelas beliau, bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Batu Caves, Selangor menghala ke Kuala Lumpur.

Ketika membuat pusingan U, bas itu dilihat mengundur sehingga terlanggar sebuah kereta Proton Wira putih yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna Tik Tok @deafebianschannel1 dan pemandu Proton Wira tampil membantu siasatan polis.

Katanya, pemilik Tik Tok dan pemandu Proton Wira boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019- 6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222.

Tambah beliau, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 112 LN 170/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply