ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita halang Proton Wira di lampu isyarat diminta buat laporan polis

Tular

Views

Pihak polis meminta seorang wanita yang videonya tular di media sosial menunjukkan dia menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak di hadapan sebuah lampu Isyarat, di Batu 1 di Port Dickson, tampil membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 33 saat di akaun Twitter @bckupacc99 menunjukkan seorang wanita cuba menghalang sebuah kereta Proton Wira yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat tersebut pada 9.43 pagi semalam.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Muhamad Mustafah, perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

Jelas beliau, setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada individu berkenaan berhubung dengan insiden yang berlaku.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Jelas beliau, pihak polis menggesa individu tersebut supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau balai polis berdekatan bagi membuat laporan.

Katanya, penyebaran sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pihak polis amat berharap individu ini segera menghubungi polis agar isu itu dapat diselesaikan segera. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan seperti yang ditularkan di media sosial – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply