ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tukar nama Jalan Raja Laut ke Jalan Palestin – Annuar tuntut penjelasan DBKL

Berita Tempatan

Views

Malaysiagazette melaporkan, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menuntut penjelasan dari  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung keputusan pihak berkuasa tempatan itu menukar nama Jalan Raja Laut kepada Jalan Palestin. Pertukaran nama itu diisytiharkan berkuatkuasa semalam dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali semalam.

Menurut beliau, nama Jalan Raja Laut itu membawa makna lebih besar sejarah Melayu dan Kuala Lumpur itu sendiri. Tambahnya, beliau tidak menghalang untuk menamakan jalan di Kuala lumpur (KL) sebagai Jalan Palestin sebagai tanda sokongan KL kepada perjuangan pembebasan AL-QUDS.

JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

Menerusi ciapan di laman Twitter, beliau mahukan penjelasan kenapa memilih untuk menukar nama Jalan Raja Laut, nama besar Sejarah Melayu dan KL. Annuar turut mempersoalkan mengapa DBKL tidak menukar nama-nama jalan Inggeris seperti Jalan Stonor, Jalan Conlay, Jalan Cochrane dan banyak lagi.

DBKL dalam kenyataan hari ini berkata, penukaran nama jalan itu dibuat selepas mengambil kira sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin. Kata DBKL, cadangan mewujudkan Jalan Palestin di ibu negara telah tercetus semasa Majlis Himpunan Hari Quds Sedunia yang diadakan di Dataran DBKL pada 26 hingga 31 Mei 2019.

JOM BACA >> 7 sebab mengapa sedan lebih baik daripada SUV

Dalam perhimpunan tersebut, Kementerian Wilayah Persekutuan telah memohon kepada DBKL untuk menamakan sebatang jalan di Kuala Lumpur sebagai Jalan Palestin. Jelas DBKL, penamaan Jalan Palestin ini adalah sebagai simbol sokongan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan seterusnya menubuhkan sebuah negara Palestin.

Malah menurut PBT itu, proses mengenalpasti jalan sesuai untuk ditukar nama sebagai Jalan Palestin telah mengambil masa agak lama. Tambah DBKL lagi, ini kerana ia perlu dibuat secara teliti dan perlu melalui prosedur dtetapkan seperti penamaan jalan-jalan lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dirakam dari jarak dekat, kelihatan skrin terapung di tengah papan pemuka
JOM BACA >> Apa model baharu Proton selepas X50? Kami ramal ada 3 model bakal dapat pengganti
JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang menarik? Tempahan dibuka mulai esok
JOM BACA >> Proton tayang imej rasmi pertama X50
JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply