ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki buta alihkan sendiri motosikal halang laluan pejalan kaki dapat pujian warganet

Tular

Views

Tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) mengalihkan sendiri beberapa buah motosikal yang menghalang laluan pejalan kaki. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menerusi video yang dimuat naik pengguna Twitter @_NazriH sejak semalam, usaha lelaki OKU itu untuk memudahkan urusannya dan orang lain ternyata telah mendapat pujian ramai.

“Syabas abang itu, walaupun dia sendiri OKU, tetap alihkan sendiri deretan motosikal yang halang lalaun pejalan kaki, moga Allah celikkan matanya satu hari nanti,” puji Aizat di ruangan komen.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Dalam pada itu, beberapa pengguna lain turut meminta pihak berkuasa menyita mana-mana kenderaan yang diparkir di kawasan larangan termasuk menghalang laluan pejalan kaki atau ruang khas OKU.

“Kalau kawasan stesen MRT, LRT, mesti ada sahaja yang letak kenderaan sesuka hati. Tahu la tak cukup parkir, tapi fikir la pengguna yang jalan kaki lain. Lagi-lagi mereka yang naik kerusi roda, atau orang buta macam video ini.

“Kesian mereka hak mereka dirampas dan cadangannya saya saman kenderaan tersebut dan juga sita atau kunci tayarnya. Biar beringat untuk kegunaan bersama,” tegur MdShahrul. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply