ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton S50 (SS11) masih giat jalani ujian

Foto Intip

Views

Ini adalah penampakan terbaharu unit ujian Proton S50 (SS11) yang telah berjaya dirakam oleh rakan kepada kenalan kami, bernama Dr. Shalesh, hujung minggu lalu.

Unit ujian S50 (SS11) yang masih sarat dengan pelitup celoreng ini telah dikesan berhadapan stesen Petron, Jalan Tun Razak.

Unit tersebut merupakan salah satu daripada beberapa model ujian yang sedang berlegar ketika ini kerana nombor plat perdagangannya berbeza satu angka sahaja dengan unit ujian sebelum ini, B 3611 A.

Kami berpendapat ia sudah menggunakan kemasan jeriji identiti Proton, iaitu ‘Infinite Weave‘ yang motifnya kelihatan sedikit berbeza dengan model SUV tiga baris-tempat duduk, X90.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Pada unit ujian sebelum ini, kelihatan ia dilengkapi dengan sistem ADAS yang dilekatkan pada bahagian cermin hadapan.

Ini bermakna versi Proton itu nanti akan dilengkapi ciri keselamatan yang lebih canggih berbanding kembarnya, iaitu Geely Emgrand generasi keempat di pasaran Filipina dan juga Arab Saudi.

Menurut ejen perisik Mat Bond, S50 (SS11) berkongsi pelantar BMA bersama dengan SUV, Bin Yue (SX11 @ Proton X50).

Ada ura-ura mengatakan ia bakal dijana oleh enjin petrol aspirasi alami (NA) JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder yang menghasilkan 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Enjin ini disambungkan kepada transmisi CVT menerusi gandar roda hadapan. Dikhabarkan, model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.

Rangkaian kuasa ini telah digunakan oleh kembarnya di pasaran China. Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi.

Jarak antara gandar rodanya pula 2,650 mm. Ini bermakna, S50 (SS11) akan berada dalam segmen-C dan bakal ‘menggugat kedudukan’ Honda Civic dan juga Toyota Corolla di pasaran.

Tanda harganya pula dijangka bakal ‘mengganggu’ jumlah jualan dua model terlaris di segmen-B, iaitu Honda City dan Toyota Vios serba baharu.

Difahamkan, S50 (SS11) keluaran Tanjung Malim ini bakal membuat kemunculan rasmi pada suku keempat (Q4) tahun ini. Nantikan info terkini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Dr. Shalesh

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply