ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki meninggal dunia selepas pulang dari berbasikal

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki meninggal dunia di hadapan rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob, dekat Kulim hari ini.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa yang berusia 52 tahun baru pulang daripada berbasikal di kawasan sekitar rumahnya.

Difahamkan, sebaik tiba di hadapan rumah mangsa melakukan senaman ringan sebelum dia secara tiba-tiba rebah dan pengsan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Beberapa ahli keluarga mangsa cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum mereka menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kakitangan hospital yang tiba mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Siasatan mendapati mangsa mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi dan dia sudah menerima dua dos vaksin sebelum ini.

Selain itu, pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sebelum ini pernah dijangkiti Covid-19 pada 28 Ogos lalu dan sembuh selepas menjalani kuarantin selama 14 hari.

Menurutnya, setakat ini siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian mangsa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply