ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki tumbuk dan tendang pemandu warga emas ditahan

Tular

Views

Seorang lelaki bertindak menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang warga emas dalam kenderaannya ekoran tidak mengikut arahan berhentikan kenderaan dalam kejadian di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran sebuah pusat beli-belah, di Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa yang juga seorang doktor berusia 67 tahun menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang, pukul 10.30 pagi hari kejadian.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katanya, apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna putih.

Kemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.

Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian ditularkan di media sosial, sejak kelmarin. Tambah beliau, suspek berusia 27 tahun ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas selesai memberi keterangan pukul 9.45 malam semalam.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak mengendahkan arahan untuk memberhentikan kereta semasa pelanggaran kenderaan berlaku.

Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan ke atas lelaki itu didapati negatif.

Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply