ARKIB

KATEGORI

Buletin

Michelin bentang pelan hala tuju strategik “Michelin in Motion” yang dikemaskini

Berita Global

Views

Michelin baru-baru ini telah menganjurkan Capital Markets Day bagi mengumumkan pengemaskinian hala tuju strategiknya, iaitu “Michelin in Motion”  dan berikut merupakan intipatinya.

Pengemaskinian strategi menuju 2030

  • Semasa acara Capital Markets Day 2021, Michelin telah mengumumkan strategi organisasi ini ke arah tahun 2030, diberi nama “Michelin in Motion”, berbekalkan matlamat untuk meningkatkan hasil pendapatan saban tahun sebanyak 5 peratus dari 2023 hingga 2030, dan menjadikan 20 hingga 30 peratus daripada pendapatan Kumpulan ini berpunca daripada perniagaan yang berada di sekitar dan di luar segmen tayar.
  • Sejak dua tahun yang lalu, Kumpulan Michelin telah mencatat prestasi yang cemerlang berdasarkan indikator Warga kerja, Keuntungan, dan Planet, meskipun berlatarkan persekitaran yang mencabar. Kumpulan ini berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk tahun 2023.
  • Trend mega yang sedang berlanjutan – penyerpihan dunia, peralihan dalam bidang pekerjaan, kesedaran mengenai alam sekitar, pengelektrifikasian kaedah pengangkutan – membuktikan kerelevanan strategi, yakni dalam mencatat pertumbuhan untuk menggiatkan penjanaan nilai di samping meningkatkan kebingkasan Kumpulan ini.
  • Trend ini dilihat sebagai peluang kerana dapat menonjolkan keupayaan diferensiasi yang dimiliki Michelin, dan kelebihan tersebut akan terus berkembang kerana fokus yang diberikan oleh Kumpulan ini.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

  • Sebagai sebuah syarikat “deep-tech” yang dapat memenuhi keperluan pelbagai vertikal pasaran yang bernilai tinggi, Michelin menggembleng kuasa teknologi dan sains bagi meningkatkan mutu penerajuan dan diferensiasinya, dari sudut prestasi dan juga kelestarian.
  • Kejayaan Michelin pada hari esok akan berputik daripada keupayaan mereka untuk terus memperbaiki prestasi struktural dalam arena tayar, serta memangkin pertumbuhan yang terdapat di sekitar dan di luar segmen tayar; pertumbuhan ini akan bersifat organik dan dipacu oleh kegiatan M&A (penyatuan & pengambilalihan).
  • Rekod prestasi M&A Michelin sepanjang lima tahun yang lalu amat memberangsangkan: Michelin telah mencorak sebuah pendekatan M&A berdasarkan strategi serta berjaya mengintegrasikan syarikat-syarikat yang diambil alih. Produk-produk baharu telah berjaya dihasilkan daripada sinergi dalam keupayaan inovasi mereka menembusi pasaran dan meningkatkan lagi tahap diferensiasi di mata pengguna. Kumpulan ini mengurus sebuah portfolio yang terdiri daripada pelbagai aktiviti, bagi melahirkan sumber-sumber pemacu pertumbuhan tinggi dalam kadar yang segera, di samping merealisasikan nilai yang dapat dijana oleh pelbagai usaha niaganya.
  • Kumpulan ini menyasarkan ROCE berkadar 10.5 peratus yang mengambil kira impak M&A..

Cerapan 2023 vs sasaran yang diumumkan di 2021 Capital Markets Day

Di acara 2021 Capital Markets Day, Kumpulan ini telah menetapkan sasaran bagi tahun 2023 berdasarkan beberapa indikator kewangan.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Jadual di bawah adalah butiran kemajuan dan evolusi dalam KPI yang berikut:

KPISasaran 2023 yang ditetapkan pada 2021Laporan kemajuan
JualanSekitar €24.5 bilion pada kadar pertukaran Jan 2021Sejak 2019, hasil jualan Kumpulan telah meningkat daripada €24b kepada hampir €29b pada tahun 2022 meskipun volum telah susut sebanyak 6 peratus, yang sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan harga bagi menangani kenaikan kos, tapi turut menyaksikan pemerkayaan campuran produk, dengan fokus ke atas pertumbuhan segmen penjana nilai dan perniagaan yang tidak melibatkan tayar.
Pendapatan kendalian segmen> €3.3 bilion
pada kadar pertukaran Jan 2021
Panduan 2023: >€3.2b pada kadar pertukaran 2022.
Margin kendalian segmenKumpulan 13.5 peratus

RS1 >12 peratus

RS2 >10 peratus

RS3 >17 peratus

Sasaran tersebut yang dinyatakan dalam peratusan jualan adalah tidak lagi relevan ekoran kesan pencairan yang dialami daripada inflasi sepanjang tempoh 2021-22 (impak sebanyak -1.7 di peringkat Kumpulan).

Panduan 2023 tidak merangkumi kendalian segmen sebagai peratusan jualan, bagi peringkat Kumpulan dan juga peringkat segmen.

Aliran tunai bebas€6.3 bilion dalam aliran tunai bebas struktural bagi 2020-2023Dari 2020 hingga 2022, Kumpulan ini telah menjana €4.2b dalam bentuk aliran tunai bebas (FCF) struktural, termasuk impak negatif inflasi pada modal kerja sebanyak €1b.

Bermula dari tahun 2023, panduan Kumpulan ini akan berdasarkan FCF sebelum M&A dan bukannya FCF struktural.

Panduan 2023: > €1.6b dalam FCF sebelum M&A.

ROCE 2023>10.5 peratusTidak berubah.

Sepanjang 2019-2022, ROCE telah meningkat sebanyak 0.8 mata kepada 10.8 peratus.

Pertumbuhan purata jualan tidak termasuk tayar dan pengedaran berkaitan, 2019-20235 peratusTidak berubah.

Jualan bukan tayar meningkat pada kadar yang memberangsangkan, +8 peratus pada tahun 2021 dan +22 peratus pada tahun 2022 (pertumbuhan organik, pada iso-FX).

Kos eksternaliti negatif, 2023-€30j vs 2019 

(berdasarkan kos CO2 €58/tan)

Tidak berubah.

Sasaran yang dikemas kini menjadi -€45j vs 2019 (berdasarkan kos CO2 €120/tan), sebenar pada 2022 ialah -€97j vs 2019.

Agenda Kewangan

2023

  • 26 April Prestasi Jualan SK1 2023
  • 12 Mei Mesyuarat Pemegang Saham Tahunan
  • 17 Mei “Ex-dividend”
  • 19 Mei Pengagihan Dividen
  • 26 Julai Prestasi SP1 2023
  • 24 Oktober Prestasi Jualan 9B 2023

2024

  • Februari Prestasi TK 2023
  • Dalam SP1 “Capital Markets Day”

Dokumen-dokumen sokongan boleh diperolehi menerusi michelin.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply