ARKIB

KATEGORI

Buletin

Liat bayar PTTPTN – Pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan mungkin disekat

Berita Tempatan

Views

Semalam, Berita Harian melaporkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan bagi peminjam tabung berkenaan yang liat untuk membayar hutang mereka.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, dua sekatan tersebut merupakan antara cadangan hasil dari perbincangan meja bulat Kertas Konsultasi Rakyat (KKR). Selain itu, sekatan perjalanan ke luar negara, pendaftaran perniagaan dan kelulusan pinjaman kepada ahli keluarga terdekat peminjam juga antara yang dicadangkan.

Mastura menjelaskan, ketika ini PTPTN mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan sistem bayaran balik pinjaman yang rendah tetapi terpaksa mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu. Sekiranya tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin juga terpaksa ditutup.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Setakat ini hanya 58 peratus jumlah bayaran balik telah diterima. Sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pinjaman mencecah RM6.3 bilion. Hanya 32.5 peratus daripada RM56 bilion yang dikeluarkan dibayar balik. Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, lebih besar daripada 1MDB.

Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, ia bakal meningkat sehingga RM76 bilion. Pada pendapat kami, adalah tidak wajar cadangan PTPTN untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan kepada peminjam yang ‘culas’ agak keterlaluan kerana ia boleh membataskan pergerakan mereka untuk mencari rezeki.

Jika mereka tidak boleh memandu/menunggang bagaimana mereka untuk ke tempat kerja dan menggunakan gaji mereka untuk membayar balik hutang PTPTN? Cuba bayangkan mereka ini merupakan graduan yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan atau pekerja yang diberhentikan kerana syarikat mengecilkan operasi dan terpaksa menjadi pemandu Grab atau menjadi penghantar makanan (food rider) untuk meneruskan kelangsungan hidup.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Hak untuk menyekat pembaharuan lesen memandu dan juga cukai jalan kenderaan adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mereka hanya berbuat demikian sekiranya pemandu/penunggang tersebut melanggar undang-undang jalan raya dan tidak membayar saman. Sepatutnya PTPTN cuba mencari kaedah yang kreatif untuk memudahkan peminjam untuk membayar balik.

Selain dari memberi diskaun jika membuat pembayaran penuh, mungkin PTPTN boleh membuat peraduan atau cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik kepada peminjam yang rajin membayar balik. Mana tahu dengan cara memberi ganjaran, lebih ramai peminjam yang ‘liat’ sebelum ini jadi seronok nak membayar balik. Tak gitu?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply