ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi sebuah Honda City menerusi kempen ‘Ramadan and Raya – Goodyear Win a car’

Berita Tempatan

Views

Menurut Menteri Kerja Raya, sehingga 10,000 kes kemalangan berlaku di jalan raya disebabkan oleh tayar celup. Inilah betapa pentingnya membeli tayar baharu menerusi pengedar sah dan bagaimana tayar memainkan peranan penting dalam memastikan pemandu kekal selamat semasa dalam perjalanan.

Menerusi kempen promosi ‘Ramadan and Raya – Goodyear Win a car‘, Goodyear menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk membeli set tayar baharu dengan tawaran yang menarik. Kempen ini turut memfokuskan kepada ancaman tayar botak kepada pengguna jalan raya dan mencegah mereka dari menjadi penyumbang kepada 19,538 kes kemalangan yang dilaporkan semasa Op Selamat 13 tahun lalu.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Buat julung kalinya di Malaysia, Goodyear akan menghadiahkan sebuah kereta baharu dan bekalan tayar untuk jangka masa yang lama. Sepanjang tempoh kempen yang bermula dari 1 Mei sehingga 30 Jun 2019, mereka yang membeli tayar Goodyear terpilih berpeluang untuk memenagi sebuah Honda City selain bekalan tayar selama 10 tahun.

Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua set promosi – yang pertama menampilkan tayar mewah, termasuklah siri Eagle F1 Asymmetric, EfficientGrip, Run on Flat (ROF) dan Eagle F1 Directional 5 manakala yang kedua adalah lebih mampu milik, yang terdiri daripada siri Assurance TripleMax, Wrangler TripleMax dan Optilife.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Beli sepasang tayar dari mana-mana siri model tayar yang ditawarkan dan pelanggan layak untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi hadia utama. Selain itu, pelanggan yang membeli empat tayar baharu yang tersenarai dalam kategor tayar mewah juga boleh menebus pengecas dalam kereya yang juga boleh digunakan sebagai penyegar udara. Untuk menyertainya, pelanggan perlu mendaftar untuk program Worry-Free Assurance menerusi laman sesawang rasmi Goodyear Malaysia.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply