ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS sumbang 10 unit Honda CR-V kepada JPJ bagi memantau keselamatan lebuh raya

Berita Tempatan

Views

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi satu kenyataan media hari ini mengumumkan penyerahan 10 buah Honda CR-V kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan di lebuh raya.

Kenderaan-kenderaan penguatkuasa dengan nilai keseluruhan RM1.3 juta tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Tuan Zamakhshari Hanipah oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail di Persada PLUS dan disaksikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Haji Kamarudin Jaffar dan Pengerusi PLUS, Tan Sri Datuk Mohd Sheriff Mohd Kassim.

Menurut Azman, penyerahan kenderaan ini adalah inisiatif untuk membantu pihak JPJ menjalankan tugas pemantauan dan penguatkuasaan di lebuh raya selain dapat meningkatkan keselamatan di lebuh raya PLUS melalui penguatkuasaan secara kerap.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Kerjasama PLUS-JPJ, serta agensi-agensi penguatkuasaan lain dan inisiatif keselamatan jalan raya yang dilaksanakan sendiri oleh PLUS, menyaksikan penurunan jumlah kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan. Sebanyak 14,532 kemalangan dilaporkan pada 2016 dan angka itu menyusut kepada 13,269 pada tahun 2018.

Azman menambah, mereka juga akan menyediakan 2 buah Stesen JPJ di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil dan Gunung Semanggol untuk membantu JPJ dalam menjalankan program advokasi dan keselamatan jalan raya di lebuh raya. Stesen Penguatkuasaan JPJ ketiga di R&R Pagoh akan dibuka tidak lama lagi.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Azman turut mengumumkan PLUS membiayai pemasangan 11 kamera AWAS tambahan di kawasan berisiko kemalangan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Tambahnya lagi, kehadiran pihak berkuasa di lebuh raya dapat mengurangkan kesalahan lalu lintas seperti penyalahgunaan lorong kecemasan, pemanduan tidak berhemah dan memandu melebihi had laju.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply