ARKIB

KATEGORI

Tular

Lima beranak tinggal dalam Proton Iswara Aeroback dapat bantuan Ebit Lew

Tular

Views

Semalam Bernama melaporkan, lima beranak terpaksa menjalani kehidupan seharian hanya di dalam kereta selepas rumah mereka di Lebuh Carnarvon, George Town musnah dalam kebakaran pada awal April lalu. S.Ganesh, 34, berkata dia dan keluarga terpaksa berteduh di dalam Proton Iswara Aeroback terpakai yang berusia kira-kira 20 tahun itu, kerana mereka tiada lagi tempat tinggal.

Ganesh berkata setiap hari dia akan membawa kereta tersebut bersama anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti sambil berteduh sementara di sesuatu lokasi di sekitar George Town selain menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Katanya, dengan gaji bulanan RM1,200 sebagai pengawal keselamatan memang amat memeritkan dan mereka terpaksa makan minum apa yang mampu sahaja seperti mi segera, biskut, nasi dan lauk telur, ikut pada kecukupan perbelanjaan.

Ganesh juga berkata, dia telah memohon untuk memiliki rumah dari kerajaan negeri sejak lapan bulan lalu, dan kini masih menanti jawapan dan berharap permohonannya dapat segera dipertimbangkan. Isterinya, Parameswary yang baharu bersalin lapan bulan lepas berkata, dia terpaksa berpantang dengan anak ketiganya di dalam kereta kerana tiada tempat tinggal.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Wanita itu berkata, dia hanya mengharapkan pendapatan suami yang bergaji kecil dan bayinya hanya minum susu badan bercampur susu botol. Terdahulu keluarga malang itu menerima kunjungan Persatuan Hindu Pulau Pinang, yang turut dihadiri Presidennya, P Murugiah.

Hari ini pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi laman Facebook rasminya telah menyantuni keluarga malang tersebut sambil menghulurkan sumbangan. Menurut Ebit, dia merasa sebak setelah terbaca kisah hidup Ganesh semasa berada di Johor Bahru dan telah sewakan rumah yang selesa dengan 3 bilik tidur selama sebulan sementara mereka menunggu permohonan rumah PPRT.

Selain itu, Ebit turut menghadiahkan beberapa barangan kelengkapan rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, televisyen, periuk nasi, dapur gas, kipas, sebuah katil bersaiz Queen dan dua katil Single, barang dapur serta duit belanja buat keluarga tersebut. Ternyata pasangan tersebut amat terharu dengan sumbangan tersebut dan Ebit juga turut gembira melihat senyuman yang terukir di wajah anak-anak kecil mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ebit Lew

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply